Saturday, February 26, 2011

' Tangan Panas' , 'Tangan Sejuk' | Tangan Buat Duit | Tangan JutaWAN | Tangan Berkat

SALAM SEMUA PENGUNJUNG BLOG LOT GAHARU....

bagi yang sudah lama terlibat dalam bidang pertanian ni memang sudah tentu tahu tentang istilah 'tangan panas' dan 'Tangan sejuk' , tetapi bagi mereka yang baru terlibat @ mahu terlibat dalam bidang pertanian mungkin istilah ini agar kelakar @ tidak munasabah @ tak boleh dipercayai @ karut semata-mata...

Istilah ini agak sinonim dikalangan para petani dan memang diakui dikalangan pengusaha dalam bidang pertanian sebagai salah satu pertimbangan untuk proses menanam apa juga tanaman. Dikatakan orang mempunyai 'tangan panas' tidak sesuai untuk menanam pokok , sebaliknya orang  yang mempunyai 'tangan sejuk' ialah orang yang paling sesuai atau orang yang menjadi prioriti kepada syarikat untuk proses tanaman sesuatu pokok.

sekiranya orang yang 'tangan panas' menanam pokok kebiasanya pokok tersebut akan senang mati walaupun di letak baja yang sesuai ATAUPUN tanaman tersebut akan tumbuh juga seperti biasa tetapi tidak mengeluarkan buah atau pokok yang tidak produktif atau tidak subur.

Bagaimanakah kita hendak mengetahui bahawa kita dikatakan mempunyai 'tangan panas' atau 'tangan sejuk'?

Sonang jo, buat eksperimen sendiri. beli benih atau anak pokok sesuatu tumbuhan sayuran contohnya pokok lada , ataupun pokok untuk tujuan perubatan seperti pokok lidah buaya atau misai kucing. cuba anda sendiri tanam di halaman rumah anda . gunakan kaedah biasa menanam pokok seperti siraman atau baja yang sesuai. selepas tempoh masa tertentu perhatikan samada pokok tersebut tumbuh segar atau tidak . ATAUPUN pokok tersebut mengeluarkan buah atau tidak.

kalau sekirannya pokok tersebut tumbuh segar dan mengeluarkan buah yang baik , dikatakan anda mempunyai 'tangan sejuk' tangan yang sesuai untuk menanam pokok | tangan buat duit | tangan Jutawan. sebab itu sesetengah syarikat mendapatkan orang khusus atau orang yang pakar dalam bidang tanaman ( 'tangan sejuk'). sebagai contoh: dalam proses tanaman gaharu... katakan kita mempunyai 3 orang pekerja. seorang tukang tanam gaharu, seorang tukang angkat anak pokok gaharu, seorang tukang gali lubang gaharu. kebiasanyaannya tukang tanam anak pokok gaharu merupakan orang yang tetap , orang'  tangan sejuk 'dan tidak boleh diganti. sebaliknya tukang gali lubang pokok gaharu atau tukang angkat anak pokok gaharu boleh diganti atau boleh menggunakan kaedah giliran.

oleh itu kebiasannya syarikat yang terlibat dalam bidang pertanian biasaya mempunyai orang yang pakar dalam bidang tanaman pokok. terdapat hadis yang menceritakan tentang perihal tanaman.... Tangan berkat


Abu Buraidah ra meriwayatkan. Ketika Rasulullah saw baru tiba di Madinah, Salman al-Farisi mendatangi beliau dengan membawa meja makan yang berisi kurma seraya meletakkannya di hadapan beliau. Rasulullah saw bertanya, Wahai Salman, Apa ini? Salman menjawab, " Ini... 

sedekah untuk engkau dan sahabat engkau. Maka beliau menjawab.Bawalah kurma ini, Sesungguhnya kami tidak menerima sedekah. Salman pun membawanya. Keesokan harinya, ia kembali datang dengan membawa kurma yang sama seraya meletakkannya di hadapan beliau. Beliaupun kembali bertanya: Wahai Salman apa ini?. Salman menjawab, Ini adalah hadiah untuk engkau. Maka beliau berkata kepada sahabat beliau: Berkumpullah untuk makan. Saat itu Salman melihat tanda kenabian di belakang Rasulullah saw. Maka ia pun beriman kepada beliau.Setelah itu rasulullah saw membeli sebidang tanah dari seorang Yahudi dengan harga sekian dirham untuk ditanami pokok kurma. Di dalam tanah itulah Salman bekerja hingga ia bisa menanggung dirinya sendiri. Seluruh pohon kurma ditanam sendiri oleh Rasulullah saw, kecuali sebatang sahaja yang telah ditanam oleh umar. Maka kurma-kurma itu berbuah pada tahun itu juga, kecuali sebatang pohon yang ditanam oleh Umar. Rasulullah saw bertanya : Ada apa dengan pohon kurma ini?. Umar menjawab, Wahai Rasulullah saw, sayalah yang menanamnya. Seketika itu juga rasulullah saw mencabut pohon itu lalu menanamnya semula. maka pohon itu pun berbuah pada tahun itu juga. 

gunakan khidmat dari syarikat yang mempunyai pakar dalam penanaman gaharu....

No comments:

Post a Comment