Kaedah Penanaman Gaharu | Penggredan Gaharu | cara Tanam Gaharu

 KAEDAH PENANAMAN GAHARU

Terdapat 3 kaedah tanaman Gaharu;

1. kaedah tanaman selang - pokok gaharu boleh ditanam dibawah pokok-pokok lain yang berumur 5 hingga 8 tahun sebagai contoh, ladang-ladang kelapa sawit, ladang kopi dan sebagainya secara sistem berselang.

2. Kaedah Tanaman Campuran- kaedah ini melibatkan 2 atau lebih jenis spesis yang ditanam dalam satu kawasan. teknik ini menggunakan pendekatan perhutanan tani atau Agroforestry.

3. Kaedah MONOKULTUR - Tanaman ini dilaksanakan dengan jarak tanaman 6 kaki x 6 kaki. dalam seekar lebih kurang 1000 pokok gaharu dapat ditanam . Kaedah ini merupakan kaedah yang banyak diguna pakai oleh pengusaha gaharu secara komersil.

 PERMULAAN PENANAMAN

i)                   Peringkat permulaan, tanah seeloknya dibersihkan dari semak samun dan tanah digemburkan. Untuk seekar tanah, penjarakkan 6 kaki x 6 kaki membolehkan sebanyak 1000-1200 pokok ditanam .

ii)                   Penandaan jarak lubang dilakukan sebelum proses penggalian. Lubang digali berdiameter 0.5m dan pada tahap kedalaman 0.5m. Baja kompos organik digunakan untuk membantu mempercepatkan pembesaran anak karas.

iii)                 Pancang kayu digunakan untuk mengelakkan anak pokok senget semasa proses pembesaran.

iv)                 Kaedah penyiraman adalah secara titisan melalui polypaip yang dipasang bagi menjaga kelembapan tanah.

v)                  Semakin besar anak pokok, penjagaan semakin berkurangan. Elakkan penggunaan baja yang terlalu kerap kerana pokok yang terlalu subur akan mengurangkan hasil gaharu.

 
PENYUNTIKAN ENZIM

i)                 Penyuntikan bakteria dilakukan semasa umur pokok karas mencecah 5 tahun atau diameter batangnya lebih kurang 10cm – 15cm. Proses pertama, batang pokok karas akan digerudi sehingga 3 – 5 cm dalam dengan ½ inci diameter sebelum disuntik dengan bakteria.

ii)                   Antara jenis –jenis bakteria yang dikenalpasti ialah Antara fungi terlibat: Torula sp.,  Cladosporium sp., Pencillium citrinum, Aspergillus tamarii, and other Aspergillus spp., Botryodiplodia theobromae, Cytosphaera mangiferae,  Epicoccum granulatum, Fusarium oxysporum, Fusarium solani & Chaetonium globosum.

iii)                 Penggunaan PVC atau buluh boleh menghalang daripada lubang yang digerudi tertutup semula.  Pokok Karas amat kuat kerana boleh menutup lukanya dengan cepat.

iv)                 Pembentukan resin gaharu terjadi antara 3 bulan hingga 2 tahun selepas proses suntikan enzim bakteria. Selepas memastikan gaharu yang terhasil, pokok karas sudah sedia untuk diambil hasilnya.

 
PENGAMBILAN HASIL GAHARU


 Terdapat pelbagai cara yang dilakukan untuk mendapatkan gaharu daripada pokok karas :-

i)                    Jika gaharu didapati pada sebatang pokok, maka pokok karas ditebang keseluruhannya dan bahagian yang terdapat gaharu dipotong segera dan dibersihkan serta diasingkan mengikut kandungan damarnya. Pokok akan ditebang kira-kira 50cm dari aras tanah. Cara ini membolehkan pokok karas mengeluarkan tunas baru bagi mendapatkan hasil kali kedua.

ii)                   Jika didapati terdapat gaharu pada dahan pokok karas, hanya bahagian dahan sahaja dipotong tanpa menebang keseluruhan pokok.

iii)                 Pokok karas yang sudah dikenalpasti akan dibiar reput, bahagian ada gaharu tidak akan reput kerana struktur gaharu adalah lebih keras dari induknya.

iv)                 Teras akan diracik dan dibersihkan untuk mengasingkan kayu dan teras gaharu. Gaharu akan digredkan mengikut warna, bentuk dan bau.

  
PENGHASILAN MINYAK GAHARU


Gaharu yang bermutu rendah akan diproses untuk dijadikan minyak. Minyak dihasilkan menggunakan kaedah penyulingan. Terdapat 2 jenis kaedah penyulingan:

a)      Kaedah Penyulingan Air

b)     Kaedah Penyulingan Stim

         

Kaedah Penyulingan Air :

i)                    Minyak dihasilkan menggunakan penyuling air.

ii)                   Di masak sehingga 4 -5 hari.

iii)                 Digunakan terutamanya oleh pengamal perubatan tradisi di Kemboja dan India

iv)                 Di Malaysia, masih ramai yang menggunakan kaedah ini tetapi pengusaha yang besar telah bertukar kepada kaedah penyulingan stim



 Kaedah Penyulingan Stim :


i)                    Menghasilkan lebih banyak minyak berbanding penyulingan air

ii)                   Kayu karas dikisar halus dan direndam selama 3-7 hari utk memisahkan sel parenkima dan kalenjar minyak

iii)                 Sampel kemudiannya akan disuling didalam radas Clavenger selama 6 jam

iv)                 Minyak yang terhasil mengeluarkan aroma gaharu dan mempunyai warna pelbagai dari perang kehijauan hinggalah ke perang kemerahan gelap



PENGGREDAN GAHARU DI DUBAI

Pedagang Gaharu di Dubai menggredkan gaharu mengikut negara asal dalam turutan menurun. Pasaran di timur tengah merupakan pasaran terbesar gaharu di dunia

1. Bhutan ( mutu paling tinggi no. 1)
2. India
3. Myanmar
4. Laos
5.Kemboja
6. Vietnam
7. Indonesia dan Malaysia ( mutu paling sederhana)

PENGGREDAN GAHARU DI SINGAPURA

1. SUPER AA ; TERBAIK (PALING BERAT)
2. SUPER A
3.SUPER
4.GRED 1
5. GRED 2
6. GRED 3
7. GRED 4
8.GRED 5
9.GRED 6
10.GRED 7
11.GRED 8 (PALING SEDERHANA- PALING RINGAN)

PENGGREDAN GAHARU DI MALAYSIA

GRED A SUPER - 3 kilogram keatas - warna hitam berkilat - sangat tebal - bau mata kuat dan menusuk

GRED A - bawah 3 kilogram - warna hitam - tebal

GRED B,C,D - warna coklat - pelbagai saiz, tebal sederhana

GRED E DAN LAIN-LAIN - warna putih kekuningan

PENGGREDAN MENGIKUT HARGA PASARAN

GRED A SUPER=  RM 25 RIBU PER KILOGRAM

GRED A = RM20 RIBU

GRED B = RM18RIBU

GRED C = RM 15 RIBU

GRED D = RM 8 RIBU

GRED E = RM 3 RIBU

LAIN-LAIN GRED = RM 500 HINGGA RM1000 PER KILOGRAM

GAHARU RACIK = RM5 HINGGA RM10 PER KILOGRAM



3 comments:

  1. Pokok gaharu saya berusia dalam 1 tahun lebih. Tiba-tiba daunnya semua gugur dan tinggal ranting kering. Saya cuba patahkan ranting dan nampak titik hitam ditengah ranting. Saya cuba belah ranting dengan tangan dan satu jalur hitam ditengah-tengah. Saya keluarkan jalur hitam itu dan saiznya lebih kurang batang jarum. Saya cuba bakar gunakan pontong rokok, baunya harum. Apakah ini gaharu, tetapi kenapa anak pokok yang berusia setahun lebih telah mengeluarkan gaharu. Saya telah sembur baja kepada anak pokok supaya tidak mati. Anak-anak pokok yang lain juga beberapa kali daunnya gugur menjadi togel, kemudian tumbuh pucuk-pucuk baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan. Saya ada produk yang blh membaik pulih pkok gaharu tuan. Dan mempercptkan pertumbuhan pokok. Dan meningkatkan kualiti pokok. Yakini berkesan. Dan kos yg amat murah. Sms or whatsapp sy di talian 0124574492

      Delete
  2. Salam kepada semua pengusaha gaharu. Saya ada resin organik yg amat murah tp confirm berkesan. Sms saya or whatsapp sy di talian 0124574492

    ReplyDelete