Saturday, May 26, 2012

LOT GAHARU 2012 | Rahsia pokok gaharu | produk makanan daripada pokok gaharu

semakin hari semakin banyak maklumat berkaitan dengan gaharu serta potensi keuntungan dari produk gaharu, melalui blog ini juga anda boleh mendapatkan maklumat gaharu hasil dari pengalaman serta penglibatan admin blog dalam industri gaharu sejak tahun 2010. walaupun masih baru berbanding dengan mereka yang telah melibatkan diri sejak puluhan yang lalu setidak-tidaknya ianya memberi kan banyak maklumat yang berharga untuk dikongsikan kepada mereka yang baru menceburkan diri atau ingin berjinak-jinak dalam industri gaharu ini.

oleh itu sebagai usaha kearah itu , anda bolehlah menanam pokok gaharu secara kecil- kecilan di halaman rumah. ianya tidak rugi sekiranya anda mengetahui rahsia serta keuntungan gaharu dimasa akan datang.

bila sebut gaharu, pemikiran kita lebih terarah kepada batang pokok atau minyak yang dihasilkan. sebenarnya banyak lagi produk yang boleh terhasil daripada industri gaharu. antaranya

TEH GAHARU.

teh gaharu mempunyai keistimewaan lebih berbanding teh biasa kerana baunya yang wangi dan menyegarkan selain rasanya yang lazat. teh gaharu juga dikatakan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit seperti gout, kencing manis dan darah tinggi. gaharu juga dapat membantu peredaran darah dan menguatkan hati serta sistem saraf dalam badan.

MINYAK GAHARU

Minyak gaharu pula digunakan sebagai bahan mentah untuk kosmetik kecantikan dan minyak wangi yang bernilai tinggi. sekiranya anda biasa pergi ke arab saudi untuk urusan haji atau umrah, anda pasti akan melihat brochure berkitan dengan gaharu ( OUD oil) di atas kapal terbang saudi arabia.

walau bagaimanapun ramai yang bersetuju dengan saya bahawa kebanyakkan mereka yang terlibat dengan gaharu terutama dalam bidang perladangan gaharu secara komersil  keuntungan yang paling lumayan adalah dari resin gaharu atau cip gaharu yang terdapat dalam batang gaharu .  resin gaharu gred A ialah RM 25 ribu untuk satu kilogram dan kebiasanya sebatang pokok dapat menghasilkan antara 5 kg ke 10 kg resin gaharu .

secara puratanya sebatang pokok gaharu yang berumur antara 7 hingga 10 tahun bernilai dari RM 5 ribu hingga RM 20 ribu sebatang pokok gaharu.

LOT GAHARU 2012

dalam tempoh dua tahun kita telah berjaya menjual lebih 100 ekar gaharu iaitu melibatkan lebih 600 lot gaharu kepada pembeli di seluruh malaysia yang melibatkan pelbagai latarbelakang. dalam masa terdekat ini pihak syarikat dalam perancangan untuk menyediakan rumah tamu kepada pembeli gaharu utk melihat sendiri tanah yang mereka beli untuk industri gaharu serta penanaman pokok gaharu.

kepada anda yang masih belum beli, masih belum terlambat kerana untuk tahun 2012 ini pihak kita telah menyediakan 100 lot gaharu untuk dijual dengan harga RM 30 ribu satu lot gaharu. sekiranya anda dari lembah klang, negeri sembilan, perak anda bolehlah berhubung dengan saya untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan lot gaharu.

ingat gaharu .... ingat lot gaharu

1 comment:

  1. Saya sangat berterimakasih banyak kepada aki wono atas bantuan dana ghaibnya dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisa mendapatkan uang sebesar 970 juta,berkat bantuan aki saya bisa melanjutkan bisnisku lagi dan saya tidak pernah menyanka kalau ini benar benar nyata karna sudah banyak paranormal yang sudah saya hubungi dan saya datangi,itu tidak pernah membawakan hasil bahkan uang saya habis dibawa lari sama mereka dan cuma aki wono saja yang membawakan hasil kalau anda mau di bantu silahkan hbg aki wono di nmr 085-320-535-559...aki wono juga bisa mengeluarkan angka togel yg di jamin 100% tembus seperti 4d 5d 6d angka dari aki betul-betul tembus karna sya udah buktikan aki juga punya minyak gaharu asli terimakash

    ReplyDelete